Friday, November 6, 2009
Loneliness
Always thought that I would be more happier been alone
A wicked promise I made to myself
Assuming that nobody can change my stubborn mind
As life goes on , when time flies
Thought it’s better if someone there
To share all happy and sad moments
Someone to share my secrets and feelings
Especially to stand beside me when I am down
Over the Past years I see nothing but the loneliness
Haunting me like a black shadow covering my soul
And the one I regret most in my life now
Life is full of opportunities
Have to accept it at that very moment
Without waiting for better prospects
As these opportunities may never again be available
As I realised what I have missed in my life all these years
I am waiting to see a shooting star
To make a promise forever
To change my life . . .
Friday, October 30, 2009
Kelalaian Ku!
DEMI MASA SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DIDALAM KERUGIAN...
Aku lalai selama ini.. aku leka selama ini.. tapi hari ini aku bersyukur pada Mu, kerana kembali menyedarkan aku tentang kehebatan aku (manusia), ciptaan Mu. Maha Suci Mu Ya Allah, ampuni aku & rahmati aku..
Dua mutira kata ini sudah cukup membuat aku bangun kembali mencari dan mengenali Siapa aku?
1.Jika orang berpegang pada keyakinan, maka hilanglah kesangsian. Tetapi, jika orang sudah mulai berpegang pada kesangsian, maka hilanglah keyakinan. –Sir Francis Bacon.
2.Semangat manusia tidak akan pernah berakhir ketika dikalahkan, semangat tersebut berakhir ketika manusia itu menyerah. -Ben Stein.
Saturday, January 3, 2009
Enam (6) Langkah Yang Mengubah Keinginan Menjadi Emas
Satu:
Tetapkan dalam fikiran anda jumlah wang yang tepat yang anda ingin. Tidak cukup hanya mengatakan “ saya mahu banyak wang,”Pastikan jumlahnya.
Dua:
Tetapkan dengan tepat apa yang akan anda berikan sebagai timbal balik untuk wang yang anda inginkan.
Tiga:
Ciptakanlah sebuah perancangan yang pasti untuk melaksanakan keinginan anda, dan mulailah seketika, apakah anda bersedia atau tidak untuk melaksanakan atau tidak melaksanakan perancangan ini dalam tindakan.
Empat:
Tuliskan pernyataan yang jelas dan ringkas tentang jumlah wang yang anda maksudkan untuk anda peroleh, sebutkan batas waktu untuk memperolehinya, nyatakan apa yang akan anda berikan sebagai timbal balik bagi wang itu dan huraikan dengan jelas rancangan yang akan anda gunakan untuk mendapatkan wang tersebut.
Lima:
Bacalah pernyataan bertulis itu bersungguh-sungguh dua kali sehari, sekali sebelum anda tidur di waktu malam dan sekali setelah bangun dipagi hari.
Enam:
Sementara anda membaca – bayangkanlah dan rasakan serta yakinlah bahawa anda sudah memilikki wang itu.
Maklumat diperolehi dari Belian2u.com
Thursday, December 25, 2008
AZAM 2009
Salam Buat Semua Pengunjung Blog Saya...
Tahun 2008 akan meninggalkan kita tidak lama lagi bersama dengan 1001 kenangan manis dan pahit . Tahun 2009 akan menyusul tiba tidak lama lagi dengan 1001 pengharapan. Adakah azam kita pada 2008 sudah tercapai? Bagaimana pula dengan azam 2009 pula? Adakah kita sudah bersedia menghadapinya?
Bagi saya tahun 2008 merupakan tahun yang penuh dengan cabaran dan ia semakin mencabar dengan kedatangan tahun 2009. Banyak sangat peristiwa yang tak mampu dikongsikan untuk anda semua. Tapi saya akan menjadikan segala peristiwa dan pengalaman tahun 2008 dari sudut kehidupan, pekerjaan, perkahwinan serta kerohanian satu pengajaran atau iktibar bagi saya untuk menyambut kedatangan tahun 2009. Saya berazam untuk mengukuhkan kedudukan saya dalam aspek baik kerohanian, kewangan / kebendaan, perkahwinan serta kerjaya saya dan semuanya untuk menjadi yang terbaik antara yang terbaik. InsyaAllah..