
Lagu ketuhanan yang paling menyentuh sanubari...boleh dijadikan panduan ketika berdoa kerana kadangkala kita tidak mampu dan tidak tahu bagaimana nak di ucapkan..tapi suara hati terus berdetik tak kala berdoa kepadaNya tapi getarannya dapat di rasakan apabila airmata berlinangan. Dan ketika melayari internet terdengar lagu yang berjaya mengusik jiwa..lantas tanpa sedar hati dan kepala di rundukan kerana merasa bertapa kerdilnya kita.. sila hayati bait-bait lirik lagu ini..
Damba cintamu
Album : Syukur
Munsyid : Raihan
Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu
Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu
Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti
Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu
Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula
Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu
Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku
Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu
Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat
Seperti rasul dan sahabat...
Untuk menhayatinya sila terus ke laman web: www.raihan.com.my